Tuesday, March 15, 2011

C a R a M e L C a K e

Ini merupakan resipi pertama yang telah kucuba setelah mendapatkan resipi dari Kongsi Resipi dan ditambah pulak dengan percubaan along serta acik menjadi, so aku pun tak mahu kalah, dengan percubaan pertama Caramal Cake ini telah berjaya dilakukan dan mendapat pujian dari parents and also aunty & uncle.
Disini ku sertakan resipi untuk membuat kek ni....(layan pic)

Caramel Cake
bahan-bahanya
*Bahan A
 2 sudu besar gula (untuk dibuat gula hangus)

*Bahan B
 1/2 tin susu cair
 70gm gula kastor
 1/2 sudu kecil esen vanilla (guna sudu KFC)
 3 biji kuning telur

*Bahan C
 140gm tepung gandum
 70gm gula kastor
 3 biji kuning telur
 135ml air
 1 sudu kecil baking powder (guna sudu KFC)
 45ml minyak masak

*Bahan D
 6 biji putih telur
 70gm gula kastor
 1 sudu kecil cream of tartar (guna sudu KFC)

Caramembuatnya:
1. Masukkan bahan A kedalam loyang dan masak hingga gula tadi cair kekuningan, kemudian angkat.
2. Satukan kesemua bahan B, kacau tapi jangan berbuih.
3. Bahan B dimasukkan kedalam loyang bahan A.
4. Pukul bahan C 
5. Pukul bahan D sampai kembang dan tidak jatuh bila diangkat.
6. Campurkan adunan bahan C & bahan D dan digaul dengan senduk.
7. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang disukai.
8. Bakar adunan secara double boiling pada suhu 160 - 180 darjah selama 1jam
9. Bila dah masak...kuarkan dan rehatkan 10minit kemudian baru letak kedalam pinggan dan disimpan dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment