Thursday, March 17, 2011

Makan2 with BIG FAMILY at rumah MAYOH (10th March,2011) ~ T.R.i.F.F.L.e

On 10th March, 2011 diadakan makan2 BiG FamiLy at Mayoh's House...sepatutnya plan asal nak lpeak kat pantai Batu Buruk, tp akibat Tsunami di Jepun serta larangan dari pihak Polis agar tidak melakukan aktiviti tersebut dipantai.....so aku bikin Puding TRIFFle untuk makan2.,,since mayoh bikin bihun goreng tomyam dan pulut lepe (pulut panggang) ,mok da bikin laksa terengganu, su yam bikin popia manakala lyn bikin minuman coktail. So layan la resipi Triffle yang cukup mudah...just campak je mana yang ada....hihihih


 Bahan-bahan :
* lapisan pertama
1 bungkus kek swiss roll/kek span (dipotong)

* lapisan kedua
2 sudu besar tepung kastard
3 cawan susu segar
3 sudu besar gula
1 biji telur

* lapisan ketiga
1 tin fruit coktail

* lapisan keempat
1 kotak agar2 segera perisa strawberry

Cara membuatnya :
1. Potong swiss roll / kek span dan susun dalam bekas.
2. Tapiskan fruit coktail,simpan kan sedikit air nya utk dibasahkan sedikit swiss roll/kek span yang telah disusun dlm bekas tadi,
3. Satukan semua bahan lapisan kedua dan masak sehingga pekat dan angkat dan tuang kastard keatas kek hingga tertutup kek.
4. Masak jeli mengikut sukatan yang telah tersedia dan ketepikan.
5. Letakkan fruit coktail keatas lapisan kastard tadi kemudian tuang jeli dan sejukkan.

No comments:

Post a Comment