Tuesday, March 15, 2011

Engagement AS ~ Tartlet Strawberry+Peach

Pertunangan As (budak opis aku) berlangsung pada 4hb Mac, 2011 pada sebelah petang selepas solat Jumaat. So pada sebelah pagi tu aku bertungkus lumus menyiapkan tartlet untuk hantaran pertunangan nya....so layanzz pic & resipi nye....
                               

Bahan-bahannya :
* ( 50 biji untuk SMALL acuan)
untuk Sweet pastry (KULIT) :
 125gm mentega/marjerin
  60gm gula ising
    1 biji telur Gred B
 240gm tepung gandum

untuk kastard :
1/2 tin susu cair
gula
susu pekat
1 kuning telur
2 sudu besar tepung kastard
sedikit esen
buah strawberry,peach (ikut suka)

Cara membuatnya :
untuk membuat sweet pastry - pukul mentega/marjerin dan gula ising sampai creamy.
2. masukkan telur, tepung, gaul sehingga menjadi doh.
3. tekankan doh tadi ke dalam acuan tart,tekan kemas-kemas. trim tepinya dengan sebatang sudu atau pisau.
4. bakar pada suhu 180 darjah untuk 15 - 20 minit.

untuk membuat kastard - satukan susu cair,susu pekat,gula,esen, tepung kastard and kuning telur, kacau adunan dalam periuk dengan api perlahan sehingga adunan menjadi pekat.
setelah kelihatan agak pekat tutup api dan sejukkan.
kemudian bolehlah sudukan kastard kedalam tart dan hiaslah dengan hirisan strawberry & peach.



1 comment:

  1. walawehhhh......sedap nih....kena cuba wat gak s nih....

    ReplyDelete