Tuesday, May 17, 2011

BLUEBERRY CHEESE TART - Chinese New Year special to BING YAN

Sudah agak lama aku tidak mengUPDATEkan blog ni....sehinggakan akak aku ASK me to UPDATE....terlalu sibuk dengan kerja-kerja dipejabat,,anyway aku nak share jugak another recipe yang aku bikin utk last Chinese New Year ,,,Blueberry Cheese Tart as a gift to Bingyan Dato' Chang time gi beraya aritu....
so layanzzzz....




BLUEBERRY CHEESE TART
Bahan-bahan (50biji utk small size acuan tart)


*Bahan untuk Sweet Pastry
125gm mentega / marjerin
60gm gula ising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana
240gm tepung gandum


*Bahan untuk Cheese Feeling (inti)
250gm cream cheese
50gm gula ising
20gm mentega (lembutkan)
25gm whipping cream
1/2 sudu besar perahan lemon
1biji telur (gred B)
Blueberry pie filling


Cara-cara menyediakan:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celsius
2. Untuk sweet pastry : pukul mentega/mentega dan gula ising sampai creamy. Masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung,gaul sehingga membentuk doh. tekankan doh tadi kedalam acuan tart. Tekan kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 darjah untuk 15-20minit. Tunggu sejuk dan baru keluarkan dari acuan tart .
3. Untuk cheese filling : pukul cream cheese, mentega dan gula ising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipe kan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 darjah selama 10minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit...




ni la si CUTE Bingyan with me and my lovely son...Happy cooking...